Sabtu, 8 Oktober 2011

[INFO] Bersenam

Orang yang berkerjaya memberikan alasan bahawa diri mereka terlalu sibuk dan tidak sempat untuk bersenam. Pada fikiran mereka, cukuplah berjalan naik turun tangga dekat pejabat. Dah cukup berpeluh katanya.

Dalam post kali ini, saya akan berkongsi dengan anda semua dua perkara iaitu kepentingan bersenam dan syarat minima bersenam.

Kepentingan Bersenam

  1. Senaman meningkatkan kecergasan jantung, paru-paru dan juga peredaran darah.
  2. Meningkatkan kelembutan badan dan juga mempercepatkan pergerakan.
  3. Memperbaiki postur badan dan tonus.
  4. Meningkatkan daya tahan dan kekuatan otot.
  5. Mencegah obesiti dan mengawal berat badan.


Syarat minima bersukan


ini bermaksud kaedah bersenam yang anda perlu patuhi untuk mendapat faedah senaman tersebut.


  1. Melakukan pergerakan atau aktiviti yang sederhana kuatnya sekurang-kurangnya 30 minit sehari secara terkumpul sebanyak 5 kali atau lebih seminggu atau,
  2. Melakukan pergerakan atau aktiviti yang lasak sekurang-kurangnya 30 minit sehari secara terkumpul sebanyak 3 kali atau lebih dalam seminggu.

Berdasarkan syarat-syarat diatas, menunjukan bahawa berjalan-jalan di pejabat adalah tidak mencukupi untuk memastikan badan kita sihat. Dinasihatkan kepada semua pembaca agar tidak kedekut untuk meluangkan sedikit masa ( 30 minit sehari) bagi melakukan sebarang jenis senaman yang boleh anda lakukan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BMI INDEX CALCULATOR

The Body Mass Index (BMI) is calculated with the formula body weight divided by height in meter to square. To make it easy for visitor of your homepage to calculate the Body Mass Index (BMI), use the Free BMI Script/BMI-Club in your homepage . Please take also a look at Broca-Formula.
Thank you for using the BMI calculator of BMI-Club.